Biografi Sleeping Kogoro

Kogoro Mouri ayah kepada Ran Mouri dan seorang detektif persendirian yang dikenali ramai kerana sering menyelesaikan kes, tetapi sebenarnya Shinichi (Conan)-lah yang membongkar kes untuknya. Sebagai "pakcik suka menggatal", Kogoro ahli dalam Judo sementara isterinya peguam. Kogoro telah berpisah dengan isterinya dan hidup bersama dengan anak perempuannya, Ran Mouri. Kogoro sering kali dikatakan sebagai pembawa sial / Kogoro tidur kerana dimana dia selalu berada, misteri ataupun kes pembunuhan akan berlaku dan dia akan menyelesaikan masalah sambil tidur kerana ditembak peluru bius oleh Conan. Dalam komik Detektif Conan versi Bahasa Inggeris (Amerika Syarikat), Kogoro Mouri dinamakan semula sebagai Richard Moore.

Sepuluh tahun yang lalu, dia merupakan anggota polis. Dia berhenti Kerja kerana rasa bersalah setelah menembak kaki isterinya sendiri. Setelah berhenti kerja, dia bekerja sebagai detektif persendirian yang keliru dan sering membuat analisis yang salah.